Sabtu, 23 Julai 2011

Program Pengagihan Komputer 1Malaysia




Bismillahhirahmannirahim,

Assalamualikum Warahmatullahhi Wabarakathu dan Salam Satu Malaysia.

Terlebih dahulu, saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola Bersama Pejabat Ahli Parlimen Labuan P166, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Pelajaran WP Labuan dalam menjayakan majlis ini.

Pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razakpada 24 Mac 2010 telah memperuntukkan sejuta komputer 1Malaysia untuk diagihkan kepada mereka yang berkelayakan. Inisiatif penyediaan kemudahan komputer dan akses kepada internet telah digunakan bagi tujuan pembahagian pakej komputer kepada kumpulan sasaran khususnya golongan pelajar.


Selain itu mereka yang kurang berkemampuan ini akan dapat mengakses internet jalur lebar sebagai salah satu langkah memperluas penggunaan jalur lebar. Dengan cara ini diharapkan tahap penembusan Jalur Lebar Negara akan meningkat selain memberi faedah kepada pelajar dan juga negara. Usaha ini juga bagi membudayakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya menjadi sebahagian gaya hidup rakyat.

Sesungguhnya, usaha murni ini bertepatan dengan sasaran Inisiatif Jalur Lebar Negara untuk mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar isi rumah menjelang akhir tahun 2010. Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berpengetahuan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Akhir kata, saya berharap agar pengagihan komputer 1Malaysia ini, akan dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dan golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan mendapat akses internet jalur lebar serta dapat menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan satu unit komputer 1Malaysia bagi satu isi rumah

Sekian dan terima kasih














Tiada ulasan:

Catat Ulasan