Rabu, 10 Ogos 2011

Lawatan Tapak Kebakaran Gerai Pasar W.P.Labuan.

LABUAN : Pada 27 Julai yang lalu Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal mengadakan lawatan segera ke tapak kebakaran gerai pasar Labuan setibanya sahaja dari Kota Kinabalu pada pagi tersebut. Dalam usaha sama meringankan beban para peniaga yang terjejas akibat kebakaran ini,

Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal menyampaikan sumbangan segera sebanyak RM1000 kepada setiap peniaga. Kebakaran yang meranapkan 15 gerai jualan ini berlaku kira-kira pada jam 4 pagi yang disedari oleh anggota Polis yang mengadakan rondaan sekitar kawasan Pasar Labuan tersebut.

Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal mengharapkan agar para peniaga yang terjejas ini bersabar sementara pihak kerajaan tempatan berusaha membantu dalam meringankan beban mereka.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan