Rabu, 10 Ogos 2011

Majlis Hi-Tea Bersama Pelajar W.P.Labuan.

LABUAN 28Julai : Bagi meraikan pelajar-pelajar W.P Labuan yang telah berjaya mengharumkan nama dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, satu majlis Hi-tea anjuran Pejabat Ahli Parlimen Labuan bersama dengan Jabatan Pelajaran W.P Labuan telah dibuat di Tiara Hotel baru-baru ini.

Y.B Datuk Yussof Hj Mahal selaku Ahli Parlimen Labuan telah memberikan merasmikan majlis tersebut dan dalam masa sama menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang ini.

Dalam majlis tersebut telah menyaksikan 8 anugerah telah diberikan kepada 8 ketegori kumpulan pelajar dan perseorangan yang berjaya dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Diantara kejayaan yang diraikan pada hari tersebut adalah kejayaan pelajar Labuan dalam bidang sukan Tanpin Bowling peringkat antarabangsa, pertandingan menembak perseorangan lelaki peringkat kebangsaan dan pertandingan Assambly Decorder peringkat kebangsaan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan