Rabu, 10 Ogos 2011

Perasmian Program Kibar Jalur Gemilang Dan Pelancaran Kembara Ramadhan W.P.Labuan



LABUAN 29Julai: Bertempat di ruang legar Ujana Kewangan, W.P Labuan telah diadakan Perasmian Program Kibar Jalur Gemilang Dan Pelancaran Kembara Ramadhan bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

Y.B Datuk Hj. Yussof Hj Mahal telah hadir dan telah merasmikan program itu.Program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia W.P.Labuan. Program ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan dan sambutan bulan Ramadhan yang bakal diraikan pada Ogos 2011.



Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal dalam ucapanya mengharapkan agar warga Labuan khasnya dapat memupuk semangat patriotik dalam diri masing-masing dengan cara mengibarkan jalur gemilang di setiap pelusuk kediaman, kenderaan dan premis-premis perniagaan.