Rabu, 10 Ogos 2011

Program Local Agenda 21 Gotong Royong 1Malaysia Sempena Hari Kebangsaan 2011.

LABUAN 24Julai : Bersempena dengan Hari Kebangsaan 2011, Perbadanan Labuan telah menganjurkan Program Local Agenda 21 Gotong Royong 1Malaysia yang mana disertai oleh para pemimpin masyarakat dan warga W.P Labuan.

Y.B Datuk Hj. Yussof Hj. Mahal telah merasmikan program ini. Program ini adalah antara langkah kerajaan dalam usaha mempertingkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan menjaga kebersihan bagi memastikan usahasama kearah mempertingkatkan kesihatan dapat disemai dalam setiap individu.

Program yang dilaksana ini merupakan program bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan para peniaga ni sekitar Bandar W.P.Labuan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan