Rabu, 14 September 2011

Lawatan Sekitar Kampung / Kg Layang-Layangan, W.P.Labuan




LABUAN 22Ogos: Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal bersama rombongan Pejabat Ahli Parlimen Labuan mengadakan lawatan sekitar kampung di W.P.Labuan bagi meninjau permasalahan serta keadaan penduduk kampung sepanjang sambutan Ramadhan pada tahun ini. Dalam lawatan ini, Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan hemper kuih raya kepada warga kurang berkemampuan di Kamping Layang-Layangan. Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal mengharapkan agar dengan bantuan yang diagihkan sedikit sebanyak mampu mengambarkan akan keprihatinan dan kepekaan beliau akan keadaan warganya yang memerlukan bantuan.