Rabu, 14 September 2011

Majlis Bantuan Nur Ramadhan 2011.


LABUAN 20Ogos: Bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan ,Y.B Datuk Hj Yussof Hj mahal menghadiri seterusnya menyampaikan sumbangan dalam Majlis Bantuan Nur Ramadhan 2011 yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Labuan. Agihan bantuan berupa wang tunai serta barangan keperluan harian ini disampaikan kepada kira-kira 100 orang penerima yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal serta orang kurang upaya. Pelaksanaan program agihan bantuan seumpama ini merupakan suatu langkah kerajaan dalam bersama-sama memeriahkan lagi sambutan bulan ramadhan bersama para masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan