Rabu, 14 September 2011

Program Menyurur Akar UMNO Zon 1



LABUAN 21OGOS: Program Menyusur Akar UMNO Zon 1yang merupakan anjuran UMNO Bahagian Labuan merupakan satu program yang perlu di lakukan pada masa hadapan. Salah satu fungsi program ini adalah membuat lawatan dan beramah mesra bersama penduduk setempat dan mengetahui permasalahan yang mereka hadapi. Bertempat di Kg Batu Manikar, Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan merangkap Ketua Penerangan UMNO Labuan, menghadiri seterusnya menyampaikan sumbangan dalam acara tersebut. Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal yang juga merupakan Ketua Zon 1 UMNO Labuan ini menyampaikan sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan harian kepada warga emas di Kg Batu Manikar yang disertai oleh Para Ketua Bahagian, Ketua Kampung serta rombongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan