Rabu, 14 September 2011

Program Menyusur Akar UMNO Zon 4./Kg Durian Tunjung



LABUAN 18Ogos Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan merangkap Ketua Penerangan UMNO Labuan menghadiri seterusnya menyampaikan sumbangan dalam Program Menyusur Akar UMNO Zon 4. Dalam program yang disertai oleh Ketua Pemuda UMNO Labuan, Para Ketua Kampung Serta rombongan ini menyaksikan YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal menyampaikan sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan harian kepada warga emas yang mengalami masalah kesihatan di Kampung Durian Tunjung. Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal mengharapkan agar bantuan yang diagihkan sedikit sebanyak dapat membantu keluarga penerima ini dalam menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan