Jumaat, 16 Disember 2011

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada PIBG Dan Bantuan Awal Persekolahan KPM Tahun

LABUAN 18NOV   :   Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan P166 menghadiri seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada PIBG Dan Bantuan Awal Persekolahan KPM Tahun 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran W.P.Labuan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Labuan. Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal pada petang tersebut menyampaikan sumbangan  Pejabat Ahli Parlimen Labuan kepada Seluruh PIBG Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah Agama Islam dan Sekolah Menengah Agama Islam yang ada di W.P. Labuan selain penyampaian bantuan awal persekolahan kepada pelajar W.P.Labuan. Y.B Datuk mengharapkan agar dengan sumbangan yang diberikan kepada PIBG seluruh sekolah ini mampu membantu setiap PIBG sekolah-sekolah di W.P.Labuan menjalankan pelbagai aktiviti masing-masing.

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan