Rabu, 7 Disember 2011

Majlis Perjumpaan Bersama Bakal Jemaah Haji W.P.Labuan 2011.

LABUAN 30September :  Majlis Perjumpaan Bersama Bakal Jemaah haji W.P.Labuan yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Labuan. telah diadakan baru-baru ini bertempat di Bilik Mesyuarat Wisma Perbadanan Labuan. Perjumpaan yang diadakan adalah bertujuan bagi meraikan pemergian para bakal-bakal haji dari W.P.Labuan pada tahun ini. Dalam perjumpaan yang diadakan pada petang ini juga, YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal mengharapkan agar para jemaah haji dapat menjalankan ibadah haji dengan selamat dan sempurna dalam usaha mendapatkan haji yang makbur. YB Datuk Hju Yussof Hj mahal juga menyampaikan sumbangan kepada setiap jemaah haji.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan