Sabtu, 10 Disember 2011

Program Turun Padang Penyelesaian Permasalahan Eletrik.


LABUAN 15October : Permasalah kekurangan tenaga elektrik di Kampung Bebuluh Laut telah dapat diselesaikan dengan pembinaan sebuah pencawang elektrik SESB Sdn. Bhd.Dengan terbinanya pencawang ini seramai 500keluarga yang dihantui permasalahan ini selama 30 tahun, kini dapat diselesaikan. YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal bersama dengan SESB Sdn Bhd telah menghadiri  Program Turun Padang Penyelesaian Permasalahan Elektrik baru -baru ini.



Difahamkan bahawa, kebanyakan rumah-rumah di kawasan kampung air ini pada sebelah malam tidak dapat mengunakan kuasa eletrik untuk kegunaan dirumah dan selalunya hanya mengunakan lilin pada sebelah malam. Namun kini, dengan adanya pembinaan pencawang ini, penduduk kampung dapat mengunakan kemudahan bekalan eletrik seperti penduduk-penduduk dikawasan lain tanpa ada apa-apa masalah eletrik lagi.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan