Jumaat, 6 Januari 2012

Majlis Pelancaran Agihan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

LABUAN 10DIS :     YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan P166 menghadiri seterusnya merasmiakan Majlis Pelancaran Agihan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dianjurkan oleh Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Labuan dan Jabatan Penerangan Malaysia Labuan. Dalam Majlis yang telah diadakan di Dewan Komuniti Kg. Sg. Lada,  ini juga, para penduduk kampung diberikan taklimat penuh tentang syarat dan kelayakan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Labuan bagi memastikan tidak timbulnya sebarang keraguan tentang bantuan yang akan diagihkan oleh pihak kerajaan. YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal dalam ucapan beliau menegaskan agar, golongan yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan segera untuk mendaftar melalui boring-borang yang boleh didapati di Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri dan para ketua kampung di setiap kampung masing-masing.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan