Khamis, 3 Mac 2011

LAWATAN SEHARI PM KE LABUAN



Labuan 26 Feb : Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Labuan untuk lawatan sehari yang lalu telah memberikan impak yang besar kepada rakyat Labuan.


Beliau yang diiringgi Datin Seri Rosmah Mansur telah disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Hj Mahal.


Najib telah ke Pulau Enoe bagi merasmikan projek bekalan air fasa dua untuk kemudahan lebih 100,000 penduduk Labuan . Projek yang bernilai RM387 juta yang merupakan projek mega kerajaan bagi membekalkann air bersih ke Labuan . Dengan adanya projek ini, Labuan tidak lagi berdepan dengan masalah'bekalan air yang telah melanda Labuan sejak dua tahun lalu, malah ia mampu memenuhi permintaan pengguna sehingga tahun 2020.


Selepas perasmian itu, Najib telah merasmikan Klinik 1Malaysia di perumahan Taman Mutiara di Kampung Sg Bedaun. Lebih daripa 1.5 juta rakyat Malaysia telah menerima rawatan di Klinik 1 Malalaysia di seluruh negara. Terdapat 78 Klinik 1Malayisa telah dibena termasuklah Klinik 1Malaysia di Wilayah Persekutuan Labuan.


Klinik ini mensasarkan 25 buah lagi akan dibena di seluruh Malayis apada tahun hadapan dan perkhidmatannya adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah. beliau mengharapkan agar rakyat akan dapat menggunakan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan ini.

Selasa, 1 Mac 2011

Pertandingan Golf Terbuka Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011.



Labuan 26 Feb : Bersama dengan Y.B. Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin , Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, saya telah menyertai Pertandingan Golf Terbuka Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011.




Pertandingan yang dianjurkan ini disertai kira-kira 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai wakil dari agensi kerajan dan bukan kerajaan ini telah berlangsung selama kira-kira 8 jam.

Ceramah Agama Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011.



Labuan 20 Feb : Ceramah agama Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011 telah dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Surau Taman Mutiara Sungai Bedaun Labuan.




Majlis ini juga turut diisi dengan bacaan yaasin dan tahlil dan saya yang turut menghadiri majlis tersebut telah menyampaikan sumbangan kepada Surau Taman Mutiara bagi membantu pelancaran pengurusan Surau.

BANTUAN HARI WILAYAH



Labuan 25 Feb : Saya telah menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Peringkat Labuan, anjuran Yayasan Wilayah dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan Bandar (KWPKB)




Seramai 108 orang golongan warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin serta orang kurang kelainan menerima bantuan kewangan tersebut. Di majlis itu Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal telah menyempurnakan penerimaan bantuan itu.




Di majlis itu juga Yayasan Wilayah Persekutuan turut menyampaikan sumbangan bantuan Prihatin kepada tiga penerima masing-masing bernilai RM2,500 seorang.