Selasa, 22 Mac 2011



Baru-baru ini saya telah merasmikan Kursus AJK Masjid Dan Surau Seluruh Labuan yang mana kursus tersebut adalah anjuran bersama Majlis Agama Islam , Jabatan Agama Islam dan juga Masjid Jamek Layang-layangan.



Kursus tersebut adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pentadbiran dan juga pengurusan kewangan di masjid dan juga surau di seluruh Labuan.



Saya juga turut memberikan sumbangan kepada semua masjid dan surau yang mana ini dapat membantu kelancaran pengurusan masjid.



Isnin, 7 Mac 2011

Perasmian Malam Kesenian Islam


Pada 27hb Feberuari yang lalu, saya telah merasmikan Majlis Perasmian Malam Kesenian Islam yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas Labuan (JASA) yang diadakan di Dewan Mutiara Kolej Matrikulasi Labuan.


Program yang diisi dengan pelbagai persembahan daripada artis jemputan seperti Raihan ini turut diserikan dengan majlis penyampaian sumbangan daripada saya sebagai Ahli Parlimen Labuan kepada para pemenang pertandingan nasyid lelaki dan wanita, pertandingan kompang dan juga sumbangan kepada artis jemputan.

Jumaat, 4 Mac 2011

Majlis Penutupan Hari Wilayah 2011



Labuan 26 Feb :
Labuan akan menjadi tapak ketiga terpenting dalam industri minyak dan gas selepas Teluk Ramunia dan Pangerang di Johor. Katanya , industri minyak dan gas yang sedang rancak membangun di Labuan adalah merupakan industri yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi, terutamanya sekali dapat memberikan peluang-peluang pekerjaan dengan pendapatan yang cukup tinggi kepada rakyat khususnya rakyat Labuan.



Kata beliau lagi, masa depan Labuan bergantung kepada industri minyak dan gas dan juga perkhidmatan kewangan. Industri perkapalan dan juga pelancongan mempunyai potensi yang besar selain daripada pendididkan. Namun begitu dua industri tersebut perlu dimajukan lagi



Di hadapan 20,000 orang yang di Dataran Labuan Sabtu itu ketika berucap beliau berkata bahawa kerajaan akan berusaha memenuhi keperluan pembangunan rakyat berdasarkan kemampuan secara realistik.


Menegaskan kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan rakyat Labuan buat masa ini dalam pembinaan jambatan Labuan, Namun begitu beliau akan mempertimbangkan cadangan Anggota Parlimen YB Datuk Yussof Mahal dalam cadangan untuk memendekkan tempoh perjalanan feri Labuan Menumbok dari satu setengah jam ke kurang daripada satu jam.

Ini merupakan projek alternative selain daripa pembinaan jambatan Labuan Menumbuk. Majlis Penutupan Hari Wilayah tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir bersama adalah isteri beliau ,Datin Seri Rosmah Mansur.