LABUAN-- Lebih 2,000 orang dari pelbagai lapisan umur mengambil bahagian dalam Larian 1Malaysia yang pertama kali diadakan di sini walaupun di tengah-tengah ancaman penularan selesema babi atau Influenza A H1N1.
Peserta kelihatan memakai topeng sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan berbaju 1Malaysia dalam larian sejauh 3km yang dianjurkan Pejabat Anggota Parlimen Labuan dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan agensi di bawahnya, yang bermula di Dataran Labuan."Kami bangga kerana menjadi penganjur pertama Larian 1Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap idea Perdana Menteri mengenai konsep 1Malaysia bagi menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini," kata Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal.
Seorang pelajar Alfred Nikko Duaka, 10, memberitahu beliau bangga untuk mengambil dalam larian itu bagi memahami konsep 1Malaysia selain ingin menjadi peserta pertama dalam larian seumpama itu.Bagi Juliana Anistasia, 13, dan Elvinna Jane Sibil, 14, menyifatkan larian itu sebagai platform hebat untuk merapatkan hubungan rakyat berbilang kaum terutama di pulau itu.
"Sudah tentu, sebagai pelajar kami khuatir dengan ancaman H1N1 tetapi oleh kerana Labuan menjadi penganjur pertama larian itu kami tidak mahu ketinggalan," kata Juliana yang memakai topeng semasa berlari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan