Selasa, 25 Ogos 2009

YUSSOF SALURKAN PERUNTUKAN RM15,000 UNTUK TIGA MESJID DAN 24 SURAU - BANTU RINGANKAN BEBANAN KEWANGAN JKK MESJID/SURAU SEDIAKAN MOREH JEMAAH TERAWIH


LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal telah meluluskan peruntukan RM15,000 untuk diagihkan kepada 24 surau dan tiga mesjid di Labuan.
Peruntukan yang melihat kepada setiap surau menerima RM500 dan RM1,000 untuk setiap mesjid adalah untuk membolehkan jawatankuasa surau dan mesjid mengadakan moreh atau hidangan makan minum untuk jemaah terawih.
“Peruntukan ini adalah sebahagian daripada program kemasyarakatan tahunan setiap bulan ramadan untuk membantu meringankan beban kewangan jawatankuasa mesjid dan surau untuk menghidangkan juadah ringan iaitu moreh kepada jemaah terawih,” kata Yussof ketika menyampaikan sumbangan itu kepada pengerusi mesjid dan surau dikediamannya pada 24 Ogos lalu.
Di Labuan kita telah merancang pelbagai program sempena sambutan Ramadan termasuklah singgah sahur di rumah-rumah penduduk termiskin yang kita bakal kenal pasti dan juga “berterawih kitani” dengan kerjasama Pemuda Umno Labuan serta tadarrus Al-Quran bersama penduduk kampung.
“Program ini akan dijalankan di kesemua 27 buah kampung sepanjang bulan ramadan ini. Kita juga mengalukan warga belia ataupun generasi muda agar aktif melibatkan diri dalam aktiviti dan program mesjid dan surau. Bersamalah kita mengimarahkan suasana mesjid,” katanya.
Katanya dengan kedatangannya bulan ramadan yang mulia ini, katanya umat islam haruslah melipatgandakan ibadah agar dapat menjauhkan sikap negatif, hasad dengki, benci-membenci antara satu sama lain yang hanya membawa kesusahan pada diri masing-masing.
Sementara itu berhubung dengan Sambutan Kemerdekaan Ke-52 katanya, beliau menyeru agar warga Malaysia yang menetap di Labuan turut sama mengibarkan jalur gemilang bagi memeriahkan lagi suasana kemerdekaan.
“Kita telah pun mengadakan Larian Semarak Merdeka 1Malaysia yang julung kali kita adalak di Labuan bagi menyahut seruan Perdana Menteri kita, dan ianya mendapat sokongan padu dan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpim masyarakat dan ketua-ketua kampung,” katanya.
“Sambutan kemerdekaan tahun ini akan diadakan secara sederhana dan tidak akan ada perarakan. Apa yang penting adalah semangat kemerdekaan itu terus berada pada diri kita. Dalam persiapan ini pihak Perbadanan Labuan sedang dalam membuat persiapan berhubung perkara ini,” katanya.

2 ulasan:

  1. akum dato..apakah konsep satu malaysia..takyat utamakan

    tetapi dari perehatian saya rakyat labuan tidak di utamakan..yang pasti kroni2 di dahulukan macam mana sebagai syarikat baru untuk bertapak...yang pasti yang ikut dato semua kroni2 saya macam mana orang labuan lain ingin maju..

    BalasPadam
  2. Kita serahkan kepada pucuk pimpinan dalam menerajui negara. Insyaallah, dengan sokongan jitu kita akan dapat keberhasilannya.

    Sememangnya, bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu perubahan.

    BalasPadam