Khamis, 21 April 2011

Majlis Perasmian Sekolah Menengah Agama Islam.


LABUAN 15 April : Bertempat di Kg. Lubok Temiang majlis perasmian Sekolah Menengah Agama Islam telah diadakan baru-baru ini.
Y.B. Mejer Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. telah merasmikan majlis tersebut dan majlis tersebut turut dihadiri oleh YB. Datuk Haji Yussof Bin Hj Mahal.
Sekolah Menengah Agama Islam Labuan adalah sekolah yang pertama seumpama ini di Wilayah Persekutuan Labuan. Sekolah ini dibuka pada awal tahun 2010 dan sesi pertama persekolahannya dihadiri oleh 100 orang murid dari sekitar Labuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan