Assalamualaikaum WBT., Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia buat semua. Alhamdulillah, jam 8.15pm semalam , saya bersama dengan 10 orang anggota BN Labuan baru tiba dari Sebuti , Miri Sarawak. Kami berangkat ke Miri pada Isnin yang lalu dan telah membuat lawatan kempen selama 3 hari ke dua kawasan DUN iaitu DUN N061 BEKENU dan DUN N062 LAMBIR.
Sesampainya kami di Miri pada jam 9.30 pagi (12/04/2011) yang lalu , rombongan kami telah berangkat ke kawasan DUN Lambir yang mana calon Barisan Nasional di kawasan tersebut adalah Ripin Lamat (PBB). Majoriti penduduknya adalah dari ethnik Iban. Dan pada hari tersebut bersama dengan beliau, kami telah membuat lawatan ke 9 buah rumah panjang. Bagi pandangan saya.dengan keluasan rumah panjang yang dapat menampung seramai 40 hingga ke 60 buah keluarga dapt di ertikan bahawa kawasan perkampungan rumah panjang di kawasan Lambir telah pesat membangun . Rata-rata penduduk kawasan tersebut aktiviti ekonominya adalah pekebut /peladang kelapa sawit yang mana dapat memberikan mereka hasil yang amat memuaskan setiap tuaian. Dengan ekonomi yany berjalan dengan baik menjadikan kehidupan mereka lebih selesa daripada dahulu.
Kedatangan kami ke kampung-kampung rumah panjang di situ telah disambut dengan baik oleh ketua mereka dan juga penduduk kampung secara amnya.Kami telah sempat beramah mesra bersama pendududk kampung. walaupaun bahasa komunikasi menjadi jurang pemahaman ianya tidak menghalang kami untuk berinteraksi dengan mereka dengan mesra.
Rombongan kami telah berada di kawasan Lambir sehingga jam 9 malam. dan selepas itu barulah kami bertolak pulang.
Pada hari berikutnya, kawasan DUN yang kami lawati adalah kawasan DUN N062 BEKENU. Bersama dengan calon BN kawasan tersebut Puan Rosey Yunus (SPDP) pada sebelah siangnya kami telah melawat dua rumah panjang di kawasan Bekenu yang diduduki oleh ethnik Iban kawasan tersebut. Dan pada sebelah malamnya, lawatan kempen kami telah bergerak ke dua balai raya yang mana lawatan kami telah disambut mesra oleh ethnik Kedayan. Walaupun masa kami yang singkat, saya sempat berucap dalam pertemuan kami bersama dengan penduduk pada malam tersebut. Sosioekonogi kawasan tersebut adalah sama seperti di Lambir dengan ekonomi penduduk setempat lebih kepada pekebunan/perladangan kelapa sawit.
Hari terakhir saya bersama ahli rombongan BN Labuan, kami mengikuti rombongan berkempen Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Y.B Sanator Dato' Sri Sharizat Binti Abdul Jalil bersama dengan Ahli PArlimen SIBUTI Y.B Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang ( PBB ) menjelajah kedua-dua kawasan DUN ini. Di kawasan DUN LAMBIR kami berkesempatan untuk melawati dua buah rumah panjang, manakala di DUN BEKENU kami telah melawat ke dua balairaya di kawasan tersebut yang mana penduduk berkumpul menyambut kedatangan kami.
Kerajaan Barisan Nasional telah berusaha dalam memajukan ekonomi kawasan-kawasan DUN ini. Dapat dilihat dari penempatan rumah panjang itu sendiri telah memperlihatkan kemajuan. Anak-anak penduduk kampung telah ramai yang telah berjaya melanjutkan pendidikan dan ekonomi mereka yang mana penanaman kelapa sawit yang merupakan sumber utama mereka telah memberikan pulangan yang amat baik bagi kehidupan mereka, Dengan ini menunjukkan bahawa kerajaan Bariasan Nasional telah berjaya dalam misi untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat seperti mana slogan 1Malaysia. Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan.
Sekian dan Wassalam saya ucapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan