Isnin, 7 September 2009

KPI BUKAN UNTUK DERA KAKITANGAN KERAJAAN TAPI UNTUK MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT - Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-52 Peringkat Labuan Di Dataran Labuan

LABUAN--Petunjuk Prestasi Utama Nasional (KPI) yang diumumkan oleh Perdana Menteri bukanlah alat untuk mendera kakitangan awam tetapi sebagai kayu ukur yang objektif terhadap tahap penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat umumnya.
Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal berkata keperluan kepada KPI itu membolehkan perkhidmatan awam dinilai secara holistik merangkumi penilaian kuantitatif dan kualitatif.
“Generasi muda yang hari mengkritik sector perkhidmatan awalah diseru untuk bersama kita menambah baik atau membuat perubahan kepada sistem penyampaian perkhidmatan secara dalaman. Marilah kita sertai perkhidmatan untuk menyumbang kepada Negara kita sendiri,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Kemerdekaan ke – 52 Peringkat Labuan di Dataran Labuan pada 31 Ogos lalu.
Yussof berkata kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian.
“Bila rakyat menilai kepimpinan sektor awam dan politik, apa yang ingin diukur oleh mereka adalah pencapaian, kepimpinan berteraskan pencapaian adalah kemuncak penilaian kepada kempimpinan,” katanya.
Katanya lagi penjawat awam perlu dilihat memberikan khidmat yang menyenangkan rakyat, ini kerana sebab musahab atau Raison D’Etre kepada kewujudan perkhidmatan awam itu sendiri adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat, kepuasan hati rakyat adalah tanda aras utama kepada kejayaan sektor awam.
“Jika kita benar-benar ikhlas dan ingin berkhidmat untuk rakyat, kita perlu mengetahui rintihan rakyat, kita perlu fahami masalah, kekangan dan kesulitan yang dihadapi rakyat ketika berhadapan dengan pelbagai isu atau urusan dengan kerajaan, barulah kita mampu mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menbgatasi masalah tersebut,” katanya.
Katanya sebab itulah pucuk pimpinan sangat menekankan empati dalam pentadbiran agar penyelesaian yang dicapai bagi setiap masalah rakyat adalah bertepatan dengan hasrat mereka yang sebenarnya.
Katanya kempimpinan baru hari ini inginkan pentadbiran yang memahami denyut nadi rakyat, pentadbiran yang berupaya menyelami keluh kesah rakyat dan gundah gulana sebenar kehidupan seharian rakyat.
“Saya masih ingat, sebaik sahaja YAB Datuk Seri Najib TunAbd Razak memulakan tugas sebagai Perdana Menteri, beliau telah memulakan siri Walkabnout atau tinjauan mesra dan prihatin di kawasan-kawasan tertentu. Bukan sahaja membolehkan mendekati rakyat, tetapi lebih penting, supaya dapat merasai kepekaan secara visual dan merasai sendiri dengan panca deria akan segala bau dan hiruk pikuk serta liku-liku kepayahan yang dilalui oleh rakyat dalam menjalani kehidupan seharian mereka,” katanya.
"Kita mencontohi aspirasi pucuk pimpinan Perdana Menteri dengan melancarkan Program Rakyat iaitu Program Apa Khabar Orang Kampung. Hasil daripada program ini, saya selaku pucuk pimpinan di WP Labuan berasa amat sensitif dan memahami denyut nadi rakyat Labuan,” tambahnya.
Marilah kita bulatkan tekad dan azam kita semua untuk terus berganding bahu dalam mengisi kemerdekaan yang telah kita kecapi lebih 52 tahun lalu dengan sebaik mungkin. Janganlah hendaknya kita leka dan terus bertelingkah sesama sendiri sehingga menjejaskan perpaduan yang telah dipupuk sekian lama.
Sementara itu katanya peranan sektor perkhidmatan awam yang cekap, berkesan, responsife, “luwes” dan berani berubah adalah amat mustahak. Usaha ini memerlukan proses modenisasi menyeluruh yang melibatkan bukan sahaja modenisasi paradigma tetapi juga strukturual.
Kita memerlukan sebuah sektor perkhidmatan awam yang sesuai dengan pencapaian kejayaan pada alaf baru ini. Selain itu Y.A.B Perdana Menteri juga mengajak penjawat awam khasnya supaya beralih daripada Budaya Output dan perbelanjaan atau kesan nyata semata-mata kepada mementingkan aspek ‘outcome` atau dampak keberhasilan secara holistik.
Perkhidmatan awam harus menganjak paradigma daripada menilai kejayaan yang berasaskan ‘output` kepada kejayaan yang berasaskan ‘outcome`. Misalnya dalam bidang pelajaran, bukan sahaja jumlah sekolah atau makmal yang mencukupi harus diberi penekanan tetapi perhatian yang utama harus diberikan kepada soal kejayaan menyeluruh termasuk kebajikan dan moral pelajar.
Begitu juga dalam hal menangani gejala penagihan najis dadah, perhitungan kita bukan hanya kepada berapa banyak pusat serenti yang mampu dibina, akan tetapi berapa ramai penagih yang berjaya kita pulihkan.
Kepimpinan baru juga menekankan pentingnya sektor awam melakukan anjakan daripada birokrasi yang menyukarkan kepada birokrasi yang memudah cara dan menyenangkan rakyat. Kita memperakui sistem birokrasi yang ada di Malaysia telah membawa pembangunan ke seluruh penjuru negara sejak 52 tahun yang lalu, namun hari ini terdapat tanggapan bahawa sektor pentadbiran awam berada di belakang keluk perubahan negara mahupun global.
Lantas, untuk melakukan proses anjakan dan pembaharuan, kita memerlukan sektor awam yang bukan sahaja memahami realiti semasa tetapi mempunyai kemahuan dan segera membuat perubahan.Seterusnya kita semua juga diajak agar berubah daripada mementingkan produktiviti semata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan innovasi. Kalau selama ini kita mengukur pencapaian dari segi produktiviti, hari ini ukuran ini perlu ditambah baik melalui kreativiti dan innovasi.
Ukuran produktiviti secara konvensional hanya memberikan kita penambahbaikan secara bertokok ( incremental), manakala jika digabuangkan produktiviti dengan kreativiti dan innovasi, ia akan memberikan kita penambahbaikan secara anjakan berganda.Semua jabatan dan agensi kerajaan harus memaksimumkan aplikasi kreativiti dan innovasi ini.
Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kepuasan hati klien sektor awam yang utama iaitu rakyat. Idea-idea baru tidak harus dilihat dengan penuh syak wasangka atau dibakul sampahkan hanya semata-mata ianya tidak konvensional.
Untuk menjadikan sektor perkhidmatan awam Malaysia sebagai tanda aras kecemerlangan peringkat global maka budaya pemikiran diluar kotak kebissaan perlu menjadi norma harian dan rutin bukan kepelikan. Barulah nanti wujud persekitaran kerja yang dinamik lagi bertenaga dan berdaya saing.
Dalam memastikan “pencapaian diutamakan” bukan hanya sekadar slogan, kepimpinan hari ini komited bagi memastikan perkhidmatan awam Malaysia akan dianggotai anak-anak Malaysia yang terbaik.
Marilah kita bulatkan tekad dan azam kita semua untuk terus berganding bahu dalam mengisi kemerdekaan yang telah kita kecapi lebih 52 tahun lalu dengan sebaik mungkin. Janganlah hendaknya kita leka dan terus bertelingkah sesame sendiri sehingga menjejaskan perpaduan yang telah dipupuk sekian lama.
Pelbagai agensi dan jabatan kerajaan selain badan bukan kerajaan, pemimpin masyarakat, ketua kampong dan penduduk kampong di 27 buah kempaung meyertai perbarisan dan perhimpunan merdeka ini.

Selasa, 25 Ogos 2009

YUSSOF SALURKAN PERUNTUKAN RM15,000 UNTUK TIGA MESJID DAN 24 SURAU - BANTU RINGANKAN BEBANAN KEWANGAN JKK MESJID/SURAU SEDIAKAN MOREH JEMAAH TERAWIH


LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal telah meluluskan peruntukan RM15,000 untuk diagihkan kepada 24 surau dan tiga mesjid di Labuan.
Peruntukan yang melihat kepada setiap surau menerima RM500 dan RM1,000 untuk setiap mesjid adalah untuk membolehkan jawatankuasa surau dan mesjid mengadakan moreh atau hidangan makan minum untuk jemaah terawih.
“Peruntukan ini adalah sebahagian daripada program kemasyarakatan tahunan setiap bulan ramadan untuk membantu meringankan beban kewangan jawatankuasa mesjid dan surau untuk menghidangkan juadah ringan iaitu moreh kepada jemaah terawih,” kata Yussof ketika menyampaikan sumbangan itu kepada pengerusi mesjid dan surau dikediamannya pada 24 Ogos lalu.
Di Labuan kita telah merancang pelbagai program sempena sambutan Ramadan termasuklah singgah sahur di rumah-rumah penduduk termiskin yang kita bakal kenal pasti dan juga “berterawih kitani” dengan kerjasama Pemuda Umno Labuan serta tadarrus Al-Quran bersama penduduk kampung.
“Program ini akan dijalankan di kesemua 27 buah kampung sepanjang bulan ramadan ini. Kita juga mengalukan warga belia ataupun generasi muda agar aktif melibatkan diri dalam aktiviti dan program mesjid dan surau. Bersamalah kita mengimarahkan suasana mesjid,” katanya.
Katanya dengan kedatangannya bulan ramadan yang mulia ini, katanya umat islam haruslah melipatgandakan ibadah agar dapat menjauhkan sikap negatif, hasad dengki, benci-membenci antara satu sama lain yang hanya membawa kesusahan pada diri masing-masing.
Sementara itu berhubung dengan Sambutan Kemerdekaan Ke-52 katanya, beliau menyeru agar warga Malaysia yang menetap di Labuan turut sama mengibarkan jalur gemilang bagi memeriahkan lagi suasana kemerdekaan.
“Kita telah pun mengadakan Larian Semarak Merdeka 1Malaysia yang julung kali kita adalak di Labuan bagi menyahut seruan Perdana Menteri kita, dan ianya mendapat sokongan padu dan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpim masyarakat dan ketua-ketua kampung,” katanya.
“Sambutan kemerdekaan tahun ini akan diadakan secara sederhana dan tidak akan ada perarakan. Apa yang penting adalah semangat kemerdekaan itu terus berada pada diri kita. Dalam persiapan ini pihak Perbadanan Labuan sedang dalam membuat persiapan berhubung perkara ini,” katanya.

Selasa, 18 Ogos 2009

LARIAN JULUNG KALI LARIAN 1MALAYSIA LABUAN MENDAPAT SAMBUTAN LUAR DUGAAN MESKIPUN PENULARAN WABAK A H1N1

LARIAN 1MALAYSIA DIANJURKAN OLEH PEJABAT AHLI PARLIMEN LABUAN DENGAN KERJASAMA JABATAN PENERANGAN LABUAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAH KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN


LABUAN-- Lebih 2,000 orang dari pelbagai lapisan umur mengambil bahagian dalam Larian 1Malaysia yang pertama kali diadakan di sini walaupun di tengah-tengah ancaman penularan selesema babi atau Influenza A H1N1.

Peserta kelihatan memakai topeng sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan berbaju 1Malaysia dalam larian sejauh 3km yang dianjurkan Pejabat Anggota Parlimen Labuan dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan agensi di bawahnya, yang bermula di Dataran Labuan.

"Kami bangga kerana menjadi penganjur pertama Larian 1Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap idea Perdana Menteri mengenai konsep 1Malaysia bagi menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini," kata Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal.

Seorang pelajar Alfred Nikko Duaka, 10, memberitahu beliau bangga untuk mengambil dalam larian itu bagi memahami konsep 1Malaysia selain ingin menjadi peserta pertama dalam larian seumpama itu.Bagi Juliana Anistasia, 13, dan Elvinna Jane Sibil, 14, menyifatkan larian itu sebagai platform hebat untuk merapatkan hubungan rakyat berbilang kaum terutama di pulau itu.

"Sudah tentu, sebagai pelajar kami khuatir dengan ancaman H1N1 tetapi oleh kerana Labuan menjadi penganjur pertama larian itu kami tidak mahu ketinggalan," kata Juliana yang memakai topeng semasa berlari.

Rabu, 12 Ogos 2009

TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN KE LABUAN ATAS LAWATAN KERJA RASMI

LABUAN--Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 30hb Julai 2009.
Beliau tiba jam 5.35 petang disambut dengan tarian kebudayaan dan diiringi Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin, Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal, Ketua Setiausaha Kementerian wilayah Persekutuan Datuk Ahmad Phesal Talib serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Lawatan rasmi dua hari menyaksikan beliau bersama rakyat Labuan untuk berjemaah Solat Fardhu Jumaat dan sekali lagi bersama rakyat dalam Majlis Santapan Bersama Rakyat.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Negeri Terengganu Tengku Muhammad Ismail turut tiba seawal jam 4.45 petang.
Sementara itu, Permaisuri Agong sempat menghadiri Majlis Santapan Tengahari bersama isteri-isteri pemimpin masyarakat dan isteri-isteri pegawai pekhidmatan awam Wilayah Persekutuan Labuan pada pagi Jumaat di Hotel Grand Dorsett.